jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq2 hubungi maklumbalas peta

Perbincangan kertas kerja ini tertumpu kepada budaya kesukarelawanan Pergerakan Puteri UMNO amnya dan Bahagian Sepanggar, Sabah khasnya. Ahli Pergerakan ini pada keseluruhannya adalah terangkum dalam golongan belia kerana ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan wanita yang berumur 35 tahun ke bawah. Tulisan ini cuba memberi tumpuan kepada tiga perkara, iaitu (1) mengenal pasti kerja-kerja sukarela yang dibuat oleh mereka, (2) mencari sebab/faktor yang menarik Pergerakan untuk terlibat dalam kerja-kerja kesukarelawanan dan (3) halangan-halangan yang dihadapi oleh Puteri UMNO dalam usaha mereka untuk menjana lagi kerja-kerja kesukarelawanan. Penulis juga cuba melihat bahawa betapa pentingnya semangat kesukarelawanan dijadikan satu budaya yang berterusan yang sepatutnya diamalkan oleh Puteri UMNO tanpa menyerlahkannya sebagai gerakan parti politik, iaitu dengan memberi khidmat sukarela kepada semua golongan wanita tanpa mengira fahaman politik. Budaya kesukarelawanan Puteri UMNO ini akhirnya pasti akan dapat menarik golongan belia wanita dan juga masyarakat keseluruhannya untuk memberi sokongan kepada gerakan parti, khususnya UMNO dan Barisan Nasional setelah para ahli Pergerakan itu dan masyarakat keseluruhannya memahami betapa pentingnya sokongan mereka dalam menegakkan sebuah negara demokrasi.

Kata kunci: Belia , Budaya Kesukarelawanan, Kerja Sosial, Puteri UMNO, Parti Politik