Fungsi IYRES
- Bertindak sebagai pusat penyelidikan pembangunan belia kebangsaan;
- Mengumpul, mengurus dan menyebarkan maklumat dan menyelenggara rekod semua perkara berkaitan yang berhubung dengan pembangunan belia;
- Menjalankan, memudahkan atau membiayai penyelidikan yang berkaitan dengan pembangunan belia;
- Mengadakan perkhidmatan teknikal, nasihat, perundangan dan perkhidmatan yang berkaitan berkenaan dengan pembangunan belia;
- Mewujudkan dan mengekalkan hubungan dan kerjasama dengan lain-lain institusi yang berkaitan di dalam dan luar Malaysia bagi tujuan mempertingkatkan pembangunan belia;
- Menganalisis, menilai dan membuat syor mengenai aktiviti belia yang dianjurkan oleh pertubuhan belia, badan kerajaan, organisasi bukan kerajaan atau mana-mana organisasi sektor swasta yang lain;
- Menjalankan program bercorak pendidikan dan kesedaran untuk menggalakkan pembangunan belia;
- Untuk bekerjasama, menyelaras dan menyertai dalam program atau aktiviti pembangunan belia yang berkaitan dengan penyelidikan yang dianjurkan oleh organisasi kebangsaan atau antarabangsa ;
- Untuk melakukan apa-apa perkara lain yang didapati patut membolehkannya melaksanakan fungsi dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
•